Sun Yat-sen (
12 November 1866 –
12 Mac 1925) ialah seorang pemimpin
politik dan
revolusi China yang bergelar "
bapa China moden". Sun memainkan peranan penting dalam penggulingan
Dinasti Qing pada tahun
1911. Beliau meruapakan
Presiden sementara yang pertama apabila
Republik China (ROC) ditubuhkan pada tahun 1912 dan kemudiannya menubuhkan parti
Kuomintang (KMT) yang menjadikan beliau sebagai pemimpin parti yang sulung. Sun merupakan tokoh yang menyumbang kepada perpaduan di China selepas zaman beraja, serta kekal unik dalam kalangan ahli politik
China abad ke-20 kerana dihormati di
Tanah Besar China dan
Taiwan yang kini bertelagah. Meskipun dianggap sebagai salah seorang pemimpin terhebat di China moden, kehidupan politik Sun banyak diselubungi pergelutan yang berterusan dan
buangan berkali-kali. Selepas kejayaan revolusi, beliau tiba-tiba hilang kuasa di Republik China yang baru ditubuhkan masa itu, lalu memimpin sebilangan kerajaan revolusi berturut-turut sebagai cabahran kepada
hulubalang-hulubalang yang mengawal kebanyakan wilayah negara. Sun meninggal dunia sebelum sempat melihat partinya mencapai
pengukuhan kuasa di seluruh negara. Parti beliau yang membentuk perikatan yang renggang dengan parti
Komunis, berpecah menjadi dua puak yang berbalah selepas peninggalan beliau. Pusaka utama peninggalan Sun terletak pada perkembangan
falsafah politik beliau yang dikenali sebagai
Tiga Prinsip Rakyat (
nasionalisme,
demokrasi, dan
kebajikan rakyat) yang masih mempengaruhi
kerajaan China masa kini.